بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa ada seorang lelaki yang banyak mengumpulkan hartanya , dia membina sebuah istana dan dilengkapi dengan pengawal . Pintu istana lelaki itu diperbuat daripada besi yang sangat kukuh .
Pada suatu hari lelaki itu mengumpulkan keluarganya dan menyediakan makanan untuk mereka , kemudian dia duduk di atas tempat tidurnya dan mengangkat salah satu kakinya ke atas kaki yang lain , kemudian dia turut makan bersama .
Apabila mereka selesai makan , lelaki itu pun berkata " Wahai saudara-saudaraku , berdirilah dan nikmatilah makanan yang telah aku kumpulkan untuk beberapa tahun untuk kamu semua "
Belum habis lelaki itu berkata-kata , datanglah malaikat maut dalam bentuk seorang lelaki yang sedang membawa dua kain buruk dan lehernya tergantung karung makanan kuda dan keadaanya seperti orang miskin .
Kemudian malaikat maut mengetuk pintu dengan sangat kuat sehingga menakutkan lelaki itu yang sedang tidur di atas tempat tidurnya . Oleh kerana ketukan itu cukup kuat maka berlarilah pengawal ke pintu tanpa membukanya sambil melihat dari lubang pintu . Pengawal pun berkata " Siapakah kamu dan apa yang kamu mahu ? " lalu malaikat pun berkata " Panggil tuanmu ke sini " . Pengawal pun berkata " Tuan kami tidak akan berjumpa orang seperti kamu " .
Setelah berkata demikian maka pengawal pun pergi memberitahu tuanya tentang orang yang mengetuk pintu itu . Malaikat maut terus mengetuk pintu dengan kuat lagi sehingga menyebabkan pengawal tidak tahan sabar lalu meluru ke pintu . Apabila malaikat maut melihat pengawal berkenaan di pintu maka dia berkata " Wahai pengawal , beritahu pada tuanmu bahawa aku adalah malaikat maut "
Para pengawal merasa sangat takut , lelaki kaya itu berkata pada pengawalnya " Wahai pengawal , katakan dengan penuh lemah lembut kepada malaikat maut , tanyakan kepadanya samada dia hendak mengambil nyawa seseorang " . Kemudian malaikat maut pun masuk ke dalam istana lalu berkata kepada lelaki itu " Buatlah apa yang kamu mahu dengan hartamu itu , aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum aku keluarkan nyawa kamu " . Lelaki itu memandang kepada hartanya lalu berkata " Wahai harta , engkau telah dikutuk oleh ALLAH , engkau telah menyibukkan aku dan engkau telah membuat aku lupa beribadat kepada ALLAH . Engkau telah mencegah aku dari mengingati ALLAH " . Setelah lelaki itu memarahi hartanya , maka ALLAH S.W.T mengizinkan hartanya berkata-kata .
Lalu hartanya pun berkata " Mengapa kamu memaki aku ? , kamu dapat bertemu dengan raja-raja adalah dengan sebab aku , orang yang bertaqwa semua kamu tolak , kamu mengahwini wanita-wanita dengan penuh kenikmatan adalah kerana aku , kamu duduk dalam majlis raja-raja adalah kerana aku , kamu belanjakan aku pada jalan yang jahat tetapi aku tidak memarahi kamu . Kalaulah kamu membelanjakan aku pada jalan kebaikan nescaya aku akan mendatangkan manfaat kepada kamu , kamu dan dan anak adam itu dijadikan dari tanah maka berjalanlah dia dengan dosa " .
Banyak sekali manusia tidak sedar bahawa harta yang mereka usahakan siang dan malam tanpa menunaikan kewajipanmereka terhadap ALLAH , sebenarnya mereka itu menghimpunkan untuk mendapatkan dosa yang paling banyak . Islam tidak melarang seseorang itu mencari harta dengan menunaikan segala tanggungjawab kita terhadap ALLAH S.W.T .
- Cuba kita lihat berapa ramai manusia yang tidak SOLAT , mereka merasa dunia ini hanya tempat untuk menghimpun harta sahaja tetapi mereka tidak ingat bahawa harta yang mereka kumpulkan itu tidak akan berguna apabila malaikat maut sudah tiba . Apa yang mereka akan dapat hanyalah siksa yang pedih .
- Orang yang mengumpulkan harta dengan cara mencabar perintah ALLAH , adalah mereka itu orang menanti-nanti bilakah agaknya akan datang siksaan ALLAH , sebenarnya orang yang mengumpulkan harta dengan tidak menunaikan perintah ALLAH adalah mereka ini orang yang paling banyak akan mendapat siksa dari ALLAH dan di akhirat nanti , besi panas akan diseretkan pada tubuh mereka dan di kala itu barulah mereka tahu kenapa mereka dihidupkan di dunia .
- Wahai saudara-saudaraku , janganlah menjadi manusia yang sombong di muka bumi ini kerana manusia tidak akan kekal hidup di muka bumi . Ajal tetap akan menjemput kita dan sebelum ajal menjemput kita , kita hendaklah kembali pada ALLAH dan menyembahNYA. DIALAH raja yang patut disembah .
0 comments:
Post a Comment